Sunday, May 30, 2010

Baby Boy - Muhammad Adam

Baby Boy - Muhammad Adam

Kamarul "Abang nak letak nama anak kita Muhammad Adam kalau anak kita lelaki, sayang pilih nama perempuan yer?"

Najuwa "Ok abg, sayang xkesah, sayang pulak berkenan pada nama Nurul Jannah kalau dapat baby perempuan"

Teringat kembali pada perbualan antara aku dan suami ku, bila masuk usia kandungan ku 7 bulan, kami berdua membuat pemeriksaan kesihatan di KMC dan di sana terdapat kaedah Scan 4D. Maka dengan kuasa dan izin ALLAh, nampaklah segala yang terdapat dapam perutku. Bukan rahsia lagi bagi kami berdua yang sedang seronok dan tak sabar-sabar menanti kelahiran cahaya mata pertama kami. Tekaan jantina yang dibuat diketahui jawapannya.

Semenjak dari itu kami mula memanggil panggilannya dengan Muhammad Adam walaupun dia belum melihat dunia lagi. Segala kelengkapan bayi telah kami siapkan secara sederhana. Sepanjang hari mengusap perutku yang kian membesar, semakin hari rasa tidak sabar untuk melahirkan Muhammad Adam, nak lihat mukanya macam siapa, abah ke mama?

Pada 13 Mac 2010, jam 5.30 am, semasa bangun dari tidur, aku dikejutkan dengan curahan air yang banyak dan tidak henti-henti. Walaupun panik, tapi aku sudah bersedia kerana sepatutnya tarikh yang dijangka pada 16 Mac 2010, so dapam masa yang sudah dekat itu aku bersedia kemungkinan akan bersalin awal. Aku kejutkan suami ku dan kami bersiap-siap dan berangkat ke KMC. Lama menunggu saat-saat melahirkan, tetapi terdapat masalah untuk aku melahirkan Muhammad Adam secara Normal. Kami membuat keputusan jika bersalin secara Pembedahan, Muhammad Adam akan dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah.

Pada jam 5.40 pm, dalam keadaan hujan yang lebat, aku dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah dengan menaiki Ambulan KMC. Setiba disana pihak KMC menyerahkan aku kepada hospital, segala persiapan dibuat segera dan aku dimasukkan ke bilik bedah. Aku dibius separuh badan dan pembedahan dijalankan, dapam keadaan sedar aku menunggu doktor dan pembantunya mengeluarkan Muhammad Adam.

Tepat jam 7.50 pm, kedengaran tangisan manja si kecil. Doktor mengangkatnya dan diserahkan kepada pembantunya untuk dicuci. Kemudian Muhammad Adam dibawa kepada ku dan sebuah ciuman sayang dari mama hinggap ke pipinya. Tiada rasa sakit ketika itu hanya seronok melihat baby boy ku yang selamat dilahirkan.

Setelah itu, tanpa disedari aku dan suami ku selama ini, doktor telah terjumpa ketumbuhan di bahagian Ovari kiri ku. Tanpa melengahkan masa, doktor berusaha membuang ketumbuhan tersebut dan Alhamdulillah, aku selamat dan selesai dengan dua perkara sekali gus.

TERIMA KASIH YA ALLAH kerana menyelamatkan kandungan ku dan nyawa ku.

Gambar-gambar Muhammad Adam selepas dilahirkan :-



No comments: