Sunday, May 30, 2010

Hikmah Kelahiran Muhammad Adam

Hikmah Kelahiran Muhammad Adam

12 Mac 2010, Jumaat, Jam 7.50pm

Tidak disangka-sangka, kelahiran Muhammad Adam, baby boy sulung ku secara pembedahan sebenarnya ada hikmah. Semua ibu-ibu mahukan proses kelahiran secara NORMAL berbanding secara PEMBEDAHAN kerana susah untuk menjaga dan lambat sembuh. Tetapi siapa menduga ketentuan ALLAH S.W.T, aku bukan sahaja selamat melahirkan baby boy ku, tapi juga berjaya membuang sejenis ketumbuhan yang sudah sebesar bola tenis.


Masih segar diingatan ku lagi, semasa aku dalam keadaan sedar dan separuh badanku seolah-olah lumpuh kerana di bius doktor. Keluar sahaja Muhammad Adam dari perutku, doktor berkata "Alahai, ada ketumbuhan di bahagian ovari kiri adik".


Terkejut juga aku kerana sepanjang aku mengandungkan zuriat ku ini, dan sepanjang aku pergi membuat pemeriksaan kesihatan dan kandungan ku, setiap kali perut ku di scan, tidak sedikit pun doktor memberitahu bahawa terdapat ketumbuhan. Mungkin kedudukan baby boy aku ni melindungi ketumbuhan tersebut sehingga tidak kelihatan. Tetapi seingat aku, semasa kandungan ku berusia 7 bulan lebih, ada juga aku terasa sakit di bahagian kiri ari-ari ku. Ku ingat sakit biasa, mungkin juga anak ku nenindih bahagian tersebut. Jadi ku abaikan sakit tersebut.


Setelah selesai sahaja doctor mengeluarkan ketumbuhan tersebut, aku meminta untuk melihatnya.


Gambar ketumbuhan sebesar bola tenis


Apabila aku pulang dari hospital, aku teringat pada satu artikel tentang ketumbuhan yang dulu pernah aku berikan kepada kawan-kawan ku untuk pengetahuan bersama, kemudian aku membukanya. Artikel tersebut seperti dibawah :-


TENTANG OVARY


Ovary adalah perkakas penting dalam peranakan wanita. Ia mempunyai dua tugas penting iaitu :-

  1. Mengeluarkan telor/benih setiap bulan untuk kesuburan wanita.
  2. Mengeluarkan hormon hormon ‘estrogen’ dan ‘progesterone’ yang penting untuk sifat sifat kewanitaan, kejelitaan dan kegharaihan seks.

Beginilah ovary sedang cuba mengeluarkan benih.

Ini ovary yang sudah ketandusan benih dan hormon (atretic)


Ini ovary yang bengkak ‘Polycystic ovary’. Haid tidak teratur dan tidak subur.


Ini adalah tumbuhan atau ‘Tumour’ pada ovary, tetapi bukan kaser.


Ini tumour jenis kanser.

Ini ‘tuboovarian abscess’ yang mengandungi nanah.

Ini ‘Endometriotic Cyst of Ovary. Mengandungi darah kotor saperti coklat.

Perut wanita ini besar saperti hamil cukup bulan. Tetapi sabenarnya ia ‘Ovarian Cyst’ yang sangat besar.


Berbagai penyakit boleh menimpa kilang ovary, kebanyakkan adalah ‘Cyst’ yang biasanya mengandungi air, lendir, darah kotor, lemak. Dalam ‘Dermoid cyst’ diantara kandungan yang aneh ialah rambut, cartilage, gigi dan tulang.


Ada ‘cyst’ yang wujud secara sementara sahaja seperti ‘follicular cyst’ yang mengandungi air atau ‘Corpus Luteal Cyst’ yang sering mengiringi peringkat awal kehamilan dan mengandungi darah dan lendir. Cyst tersebut biasanya tidak perlu dibedah dan boleh pecah secara spontan dan cecair diserap oleh badan. Tumbuhan atau ‘Tumour’ pada ovary merangkumi yang ‘benign’ atau bukan kanser dan yang ‘malignant’ iaitu jenis kanser.


Tanda tanda.

  1. Banyak kali ‘cyst’ dan ‘tumour’ pada kilang ovary dijumpai secara kebetulan, ketika wanita berkenaan sedang menjalani pemeriksaan untuk tujuan lain. Tidak ada tanda dirasai.
  2. Gangguan dalam pusingan haid saperti lambat atau tidak datang pada waktu yang di jangkakan, haid tidak teratur saperti diluar waktu haid atau ia datang sedikit sedikit tetapi berpanjangan.
  3. Mandul atau kurang subur atau berulang kali gugur.
  4. Sakit senggugut, sakit waktu persetubuhan atau sakit perut tanpa mengira masa.
  5. Perut membesar tanpa hamil.
  6. Putus haid pada umur yang muda (Premature menopause)
  7. Gangguan kencing atau air besar.
  8. Dalam kes kanser ovary diperingkat lambat – hilang selera makan, susut berat badan, perut kembung, sakit pinggang dan letih lesu.

No comments: